Sunday, November 28, 2010

Mari Undi Blog Pilihan Malaysia 2010

Undi di http://blogpilihanmalaysia.blogspot.com . Aku sudah undi,anda bila lagi??? :-)

Thursday, November 25, 2010

KISAH BENAR KENANGAN AKU - AWAS! CERITA INI SANGAT MENJIJIKKAN JANGAN BACA KALAU DIRI ITU LEMAH SEMANGAT!!-

  Kring!!!!!! (Bunyi loceng sekolah menandakan waktu rehat) Yeah,masa inilah waktu rehat yang kami nanti-nantikan. Kelihatan ramai kawan-kawan aku beredar dari kelas untuk berehat dikantin dengan membeli makanan dan minuman tak juga ada yang keluar berjemur d sebelah bangunan sambil mengoyangkan kaki menghadap mak cik yang tengah masak koew tiau goreng (Kuang hajau betul). Masa tu dalam kelas yang tinggal hanya aku,Dugong dan Alizan. Nak tau perbualan kami macam mana?? Disini ianya bermula...... Jeng,jeng jeng...

Dugong : In (Aku) Tolong carikan botol kosong untuk aku. Aku ada benda la nak buat.
Aku : Ang nak buat apa?? Kejap-kejap.. Aku pergi cari kelas sebelah. Kalau tak ada nasib la.

Aku pun beredar pergi ke kelas sebelah yang tidak berpenghuni itu. Ntah macam mana aku terjumpa seketul botol kosong bersaiz 500ml. Bisik hatiku,"Aha..jumpa pun." Lalu aku kembali ke kelas aku semula.

Aku : Nah,botol yang ang nak.
Dugong : Bagus-bagus. Thanks In. (Sambil mengambil botol tu dari tangan aku)
Aku : Apa motif ang wei..
Dugong : Adalah..

Tanpa berkata-kata,Dugong bangun dari tempat duduk dia dan pergi ke penghujung kelas. Lalu.. Dia membuka zip seluarnya dengan badan dia montok-montok gemuk mengeluarkan air kencing kedalam botol yang aku berikan dia tadi. Korang tau tak apa perasaan aku?? Taukan muntah tu macam mana? Macam tulah yang aku rasa.

Dah habis kencing dia tunjuk botol air tu kat aku sambil berkata.

Dugong : Hahaha.. Panas lagi nih,meh-meh Teh O panas. Free ja.. Hahaha..
Aku : Bodo punya Dugong. Baik ang buang.
Dugong : P buang benda ni weh. Aku tak tau nak buang mana la.
Aku : Tak nak la! Ada jamban kencing kat botol gak!

Dugong pergi tempat Alizan yang tengah lepak-lepak menghirup udara segar di tepi pintu seorang diri.

Dugong : Alizan,tolong buang benda ni.
Alizan : Apa benda tu?? (Sambil memegang botol tu nak buang keluar pintu,untuk pengetahuan pembaca sebelah kelas kami adalah hutan,tapi diselang dengan jalan raya sebelum masuk hutan. Kalau tak lepas baling bersepai air kat jalan.)
Aku : Alizan,jangan pegang benda tu. Geli doh.
Alizan : Siol,ayaq kencing rupanya.

Lalu Alizan bawak botol tu ke tempat meja Ijat (Kawan kami juga)

Selang 5minit kemudian...
Ijat masuk kelas,dengan membawa nasi lemak.

 Nasi Lemak macam ni la yang aku katakan tu...

Kelihatan disitu ada juga botol yang aku katakan tu.. Ijat pun bukalah nasi lemak tu dan makan selahap-lahapnya..

Ijat : Herr... Pedas nyer nasi lemak ni. Mak cik kantin ni cekek duit ka. Dah la mahal,pedas lak tu.

Sambil mecari sesuatu..Tangan dia merayap-rayap kearah botol tu..lalu membuka penutup botol.
Aku hanya mampu berkata... Iiijjjjj.. (Ijat) Dan...

 Yup,gaya macam ni la dia minum. (Gambar diambil di flickr.com)

Cukuplah tu aku cerita.. Kesudahannya.. seperti gambar dibawah ni.

Gambaran yang aku mampu buat,selepas Ijat mengetahui hal sebenar. 



Ending dia?? Kami still berkawan rapat,cuma Alizan aku dah tak tau dia kat mana lepas SPM. Dugong ada di Kelantan dan Ijat sekarang ada di KL. Masing-mesing tengah belajar. Kita berempat je tahu hal ni.. Hehehe~

Monday, November 22, 2010

Nota Untuk Kawan Aku :)

Saturday, November 20, 2010

Cikgu Aku Pernah Cakap. Yang Kaum PEREMPUAN ni....

  Cikgu aku pernah cakap dekat aku, perempuan ni sebenarnya kuat dari lelaki. Aku soal balik dekat cikgu aku tu " Kenapa??" Sebabnya kaum lelaki lemah. Aku jawab balik " Kenapa lemah pulak?" Cuba kau teliti betul-betul sambil memuncungkan mulutnya kearah seorang kawan perempuan aku yang sedang asyik membaca buku, "Ada apa cikgu dengan dia??" Waktu free macam ni diaorang banyak memanfaatkan masa dengan benda berfaedah,bila result exam keluar perempuan mesti kedudukan tertinggi sekali lelaki lemah,boleh di buktikan perempuan majoritinya perempuan lebih ramai dari lelaki di IPT,maknanya kaum perempuan ni hebat.

  Aku cuma mengangguk-anggukkan kepala aku. Cikgu aku cakap lagi sekali,bila bergaduh dengan perempuan lelaki mesti lemah. Soalan tu buat aku tertanya-tanya "Kenapa cikgu? Secara faktanya kaum lelaki bukan ke kuat lagi fizikal dari kaum perempuan?" Balas cikgu aku pula, Haa... Tau pun kau,tapi bila lelaki pukul perempuan masyarakat mesti pandang hina dengan lelaki yang pukul perempuan tersebut,masyarakat mesti berkata "Apa la lelaki macam ni,tak gentelmen langsung pukul perempuan" betul tak? Aku cuma mengangguk-angguk kepala sambil berkata Hurmm...

  Cikgu aku cakap lagi,kelemahan lelaki berada pada air mata perempuan. Haa!! Iyeker?? Lagi la aku fikir macam tak logik. Nak tau cikgu aku cakap pe??? Kau dah besar nanti kau akan tahu juga,buat masa ni kau pergilah belajar sehingga berjaya. Masa cikgu dah habis,kau carilah sendiri jawapan tu.. -__-' Kadang-kadang aku terasa juga apa yang cikgu aku cakapkan aku dulu tu. Ada betulnya juga....

 
 Apa jawapan cikgu aku ni??? Somebody help me please..

Friday, November 19, 2010

What's That ???

  Bancuh sedikit indocafe(bukan nescafe),letak sebelah laptop,jari jemari aku pantas menaip search facebook.com. Selain itu aku buka juga laman web yang lain dengan tab yang baru,salah satunya flickr.com. Saja-saja taip Tokyo dan tekan butang enter-----Waiting----- Hasilnya dalam beribu-ribu gambar aku ternampak sebuah bangunan pelik reka bentuknya.

Bangunan ni yang aku maksudkan.. Pada asalnya aku ingat mesin basuh yang disusun bertingkat-tingkat.. Ternyata jangkaan aku meleset sama sekali.

Tengok gambar ni.. Apa kesimpulan korang semua terhadap gambar ni??

Dari pandangan hadapan seperti ini...

Lagi gambar dari pandangan bawah bangunan..

Korang agak bangunan apa yang letak betul-betul dekat tengah-tengah bandar?

Periksa punya periksa rupa-rupanya bangunan ni adalah sebuah perumahan bercampur dengan pejabat,nama hotel ni ialah Nagakin Capsule Hotel atau dalam tulisan jepun 中銀カプセルタワー yang terletak di Shimbashi,Tokyo,Jepun. Arkitek bangunan ni bernama Kisho Kurokawa dan siap pada 1975. Maknanya bangunan ni dibangunkan terlebih dahulu sebelum aku lahir. Untuk lebih maklumat (Click Here Please)

Wednesday, November 17, 2010

Masih hidupkah myspace?

Buka internet web yang selalu aku terjah tak lain tak bukan facebook.com. Betul-betul bosan hari ni,nak chating dengan member banyak yang balik kampung,maklumlah raya la katakn. Tetiba kepala otak aku teringat web myspace. Lama juga aku tak log in. Ada dalam 3bulan rasanya.. Entah hidup entah tidak aku pun tak tahu.. Jadi aku singgah la web myspace ni. Hasilnya...

Berwajah baru!!
Lebih banyak hiburan berbanding dahulu.. Ni contohnya...


Sarat dengan lagu-lagu,video pun tak ketinggalan. Dulu mana ada sangat...

 Selain itu,wall dia pun dah lain..  Siap ada Comment-Like-Share (Sama macam facebook) Dulu seingat aku ada Status & Mood je..

Profile aku pun tetibe je dah berubah selaras dengan perubahan myspace yang baru...

Ini adalah sebahagian contoh.. Korang boleh tengok myspace korang,bagi yang dah tak tengok sampai berabad-abad tu online la balik,tengok perubahan myspace yang baru. Apa-apa pun facebook tetap pilihan aku. Muahahahaha!!!!!


Tuesday, November 16, 2010

The new Sony α NEX-5


Kali pertama aku tengok kamera Sony NEX-5 di dalam video You Tube (Click Here Please). Aku tertarik dengan rekaan bentuknya yang agak ringkas dan klasik. Dalam laman web sony Malaysia harga standard bagi sebuah kamera ni RM 2499.00. Aku juga tertarik dengan keupayaan lens kamera ni yang bersaiz 14.2MP. Memang gambar dia sharp dan betul-betul jelas. Anda semua boleh melihat review kamera ni dalam laman web sony Malaysia. Have Fun!

Sunday, November 14, 2010

MUET 2011 (Malaysian University English Test 2011)

  Jumaat lepas aku dan kawan satu kelas aku dipertanggungjawabkan mengemas Dewan Sekolah.tak seteruk mana kerjanya,cuma menyusun meja bagi teratur dan menyapu sampah,dalam waktu mengemas dewan sekolah,aku ditugaskan oleh guru MUETku untuk melekatkan beberapa keping kertas diatas meja. Aku tak tahu kertas apa yang perlu aku lekatkan diatas meja tu sehingga aku membacanya. Rupa-rupanya kertas itu berkenaan identiti dan angka giliran penuntut MUET 2010.

  Yang pelik bagi aku kenapa nama kawan aku pun ada juga sekali,bukan ke dia dah keluar dari sekolah. Tak kan datang sambung belajar balik di sekolah balik? Pn. Yushaiza (My Teacher MUET) beritahu kepada aku bahawa penuntut semua ni dari orang luar,maksudnya bukan dari sekolah ini.

  Automatik kepala aku terfikir,band apa yang aku akan dapat dalam exam MUET 2011 untuk bulan April? Betul-betul kasi gua nervous lohh... Exam MUET memang boleh buat ulangan semula pada bulan Okt/Nov,tapi yang lecehnya kalau kena ulang bertembung pula dengan waktu yang nak kena struggle untuk exam STPM. Macam mana nak fokus,dahlah banyak subtopik yang perlu diberi perhatian. Betul-betul merisaukan aku. Lagi satu duit dah tentu kena bayar lagi sekali untuk ujian ulangan. Aku harap aku berjaya dapat band yang tinggi walaupun aku rasa mustahil untuk mendapatkannya.. Hehehehe~

Success OR Failure?? Arghhh!!

Sebarang maklumat berkenaan MUET (Click Here)

Thursday, November 11, 2010

Pengalaman Mendekati Seni Grafiti

  Korang pernah dengar tak istilah Grafiti? Aku tahu benda ni bukan benda asing bagi korang. Aku mula dengar istilah ni sewaktu aku masih di tingkatan 2. Tapi aku tidak kisah berkenaan seni tersebut sehinggalah aku di tingkatan 5. Waktu tu P&P tiada,jadi banyak budak-budak buat kerja masing-masing dalam kelas. Aku dengan kawan aku berjalan sekitar sekolah,saja jalan-jalan. Waktu tu juga kebetulan aku terserempak dengan Hazri. Hazri kelihatan agak kelam kabut membawa satu lukisan yang tak seberapa jelas. Aku dengan kawan aku pun ikut la mengikuti belakang ke mana Hazri pergi. Rupa-rupanya Hazri merancang nak buat satu lukisan besar Grafiti menggunakan spray di sebelah kanan Blok A iaitu blok pentadbiran. Kebenaran tersebut diluluskan oleh pengetua melalui guru seni lukis dan guru kumpulan sketsa sekolah aku iaitu Encik Zubir. Selain Hazri yang terlibat sama ialah Spuxs (Ex-K.E) dan Alip.

  Aku tengok ada sekotak sederhana besar berisi tin-tin spray berjenama Nippon Paint seingat aku ada 25 tin. Sembang punya sembang baru aku tau kesemua tin-tin spray tu berharga RM150. Setelah sudah berbincang bersama-sama guru baru diaorang menjalankan tugas diaorang. Hasil lukisan grafiti diaorang mengambil masa 2 hari. Aku sendiri melihat perkembangan lukisan tersebut dari lukisan outline sehinggalah siap sepenuhnya. Goncangan setiap tin menghasilkan satu karya seni yang hebat sekali pernah aku tengok. Maklumlah,baru kali pertama aku tengok orang buat grafiti secara dekat. Kesimpulan bagi aku seni grafiti bukannya mudah...

  Yes,spray ni la member aku gunakan untuk buat grafiti.

Hasilnya seperti gambar berkenaan.


Gambar dinding itulah hasil seni kawan-kawan aku,bukan budak 5 orang ni. Ok,kenalkan 5 dari kiri ialah Bulat,Din,Tapier,Bai dan Bob yang dok tersengih pegang besi paip tu. Hahahaha~
(Diambil sewaktu outing dari hostel)

  Hazri bagitau dekat aku spray jenama Pylox dengan Anchor adalah spray yang sesuai kalau nak buat grafiti. Sebab tak cepat cair dan senang. Lagi satu kalau cap penyembur spray nak lebih elok lukisan tu kenalah guna penyembur spray Gel Gatsby,baru cantik.

  Yup,perkenalkan Spuxs,salah seorang pelukis grafiti yang aku katakan tadi. 
Lukisan tersebut dalam proses pembikinan