Thursday, November 11, 2010

Pengalaman Mendekati Seni Grafiti

  Korang pernah dengar tak istilah Grafiti? Aku tahu benda ni bukan benda asing bagi korang. Aku mula dengar istilah ni sewaktu aku masih di tingkatan 2. Tapi aku tidak kisah berkenaan seni tersebut sehinggalah aku di tingkatan 5. Waktu tu P&P tiada,jadi banyak budak-budak buat kerja masing-masing dalam kelas. Aku dengan kawan aku berjalan sekitar sekolah,saja jalan-jalan. Waktu tu juga kebetulan aku terserempak dengan Hazri. Hazri kelihatan agak kelam kabut membawa satu lukisan yang tak seberapa jelas. Aku dengan kawan aku pun ikut la mengikuti belakang ke mana Hazri pergi. Rupa-rupanya Hazri merancang nak buat satu lukisan besar Grafiti menggunakan spray di sebelah kanan Blok A iaitu blok pentadbiran. Kebenaran tersebut diluluskan oleh pengetua melalui guru seni lukis dan guru kumpulan sketsa sekolah aku iaitu Encik Zubir. Selain Hazri yang terlibat sama ialah Spuxs (Ex-K.E) dan Alip.

  Aku tengok ada sekotak sederhana besar berisi tin-tin spray berjenama Nippon Paint seingat aku ada 25 tin. Sembang punya sembang baru aku tau kesemua tin-tin spray tu berharga RM150. Setelah sudah berbincang bersama-sama guru baru diaorang menjalankan tugas diaorang. Hasil lukisan grafiti diaorang mengambil masa 2 hari. Aku sendiri melihat perkembangan lukisan tersebut dari lukisan outline sehinggalah siap sepenuhnya. Goncangan setiap tin menghasilkan satu karya seni yang hebat sekali pernah aku tengok. Maklumlah,baru kali pertama aku tengok orang buat grafiti secara dekat. Kesimpulan bagi aku seni grafiti bukannya mudah...

  Yes,spray ni la member aku gunakan untuk buat grafiti.

Hasilnya seperti gambar berkenaan.


Gambar dinding itulah hasil seni kawan-kawan aku,bukan budak 5 orang ni. Ok,kenalkan 5 dari kiri ialah Bulat,Din,Tapier,Bai dan Bob yang dok tersengih pegang besi paip tu. Hahahaha~
(Diambil sewaktu outing dari hostel)

  Hazri bagitau dekat aku spray jenama Pylox dengan Anchor adalah spray yang sesuai kalau nak buat grafiti. Sebab tak cepat cair dan senang. Lagi satu kalau cap penyembur spray nak lebih elok lukisan tu kenalah guna penyembur spray Gel Gatsby,baru cantik.

  Yup,perkenalkan Spuxs,salah seorang pelukis grafiti yang aku katakan tadi. 
Lukisan tersebut dalam proses pembikinan