Sunday, November 14, 2010

MUET 2011 (Malaysian University English Test 2011)

  Jumaat lepas aku dan kawan satu kelas aku dipertanggungjawabkan mengemas Dewan Sekolah.tak seteruk mana kerjanya,cuma menyusun meja bagi teratur dan menyapu sampah,dalam waktu mengemas dewan sekolah,aku ditugaskan oleh guru MUETku untuk melekatkan beberapa keping kertas diatas meja. Aku tak tahu kertas apa yang perlu aku lekatkan diatas meja tu sehingga aku membacanya. Rupa-rupanya kertas itu berkenaan identiti dan angka giliran penuntut MUET 2010.

  Yang pelik bagi aku kenapa nama kawan aku pun ada juga sekali,bukan ke dia dah keluar dari sekolah. Tak kan datang sambung belajar balik di sekolah balik? Pn. Yushaiza (My Teacher MUET) beritahu kepada aku bahawa penuntut semua ni dari orang luar,maksudnya bukan dari sekolah ini.

  Automatik kepala aku terfikir,band apa yang aku akan dapat dalam exam MUET 2011 untuk bulan April? Betul-betul kasi gua nervous lohh... Exam MUET memang boleh buat ulangan semula pada bulan Okt/Nov,tapi yang lecehnya kalau kena ulang bertembung pula dengan waktu yang nak kena struggle untuk exam STPM. Macam mana nak fokus,dahlah banyak subtopik yang perlu diberi perhatian. Betul-betul merisaukan aku. Lagi satu duit dah tentu kena bayar lagi sekali untuk ujian ulangan. Aku harap aku berjaya dapat band yang tinggi walaupun aku rasa mustahil untuk mendapatkannya.. Hehehehe~

Success OR Failure?? Arghhh!!

Sebarang maklumat berkenaan MUET (Click Here)