Friday, November 19, 2010

What's That ???

  Bancuh sedikit indocafe(bukan nescafe),letak sebelah laptop,jari jemari aku pantas menaip search facebook.com. Selain itu aku buka juga laman web yang lain dengan tab yang baru,salah satunya flickr.com. Saja-saja taip Tokyo dan tekan butang enter-----Waiting----- Hasilnya dalam beribu-ribu gambar aku ternampak sebuah bangunan pelik reka bentuknya.

Bangunan ni yang aku maksudkan.. Pada asalnya aku ingat mesin basuh yang disusun bertingkat-tingkat.. Ternyata jangkaan aku meleset sama sekali.

Tengok gambar ni.. Apa kesimpulan korang semua terhadap gambar ni??

Dari pandangan hadapan seperti ini...

Lagi gambar dari pandangan bawah bangunan..

Korang agak bangunan apa yang letak betul-betul dekat tengah-tengah bandar?

Periksa punya periksa rupa-rupanya bangunan ni adalah sebuah perumahan bercampur dengan pejabat,nama hotel ni ialah Nagakin Capsule Hotel atau dalam tulisan jepun 中銀カプセルタワー yang terletak di Shimbashi,Tokyo,Jepun. Arkitek bangunan ni bernama Kisho Kurokawa dan siap pada 1975. Maknanya bangunan ni dibangunkan terlebih dahulu sebelum aku lahir. Untuk lebih maklumat (Click Here Please)