Saturday, August 28, 2010

Seminggu Yang Terindah...

   Assalamualaikum! Lama aku tak hupdate blog, hahaha!! Hari-hari yang lepas aku jalani kehidupan aku seperti biasa. Cuma pengetua baru aku dah pun ada dan sudah mula menjalani tugas sebagai pegetua yang ke 13 di sekolah aku. Sekarang ni dia banyak lihat masalah sekolah dengan bertanyakan masalah dengan pihak sekolah dan murid-murid. Nampak memang garang pada asalnya,tapi rupanya dia ni tegas dan baik.


   Minggu ni dh masuk minggu ke-3 aku n budak-budak kelas aku tinggal di Lab 5. Nak tau kenapa aku n budak-budak kelas aku tinggal di Lab 5?? Sebab Budak Form 5 n Upper Six guna kelas aku buat Trial Exam. Agak tak selesa dengan Lab 5 ni,sebab suasana gelap n panas. Btw,lantaklah.. Asalkan aku dapat ilmu. Minggu ni jugak member aku banyak balik dari segenap pelusuk Malaysia balik ke Taiping. Dengar kata nak buat reunion 8.9. Ntah jadi pun aku tak tau,yang pasti benda ni dalam perancangan.

   Kat sini gak aku nak ucap thanks bebanyak dekat Chai sebab bagitau aku web picnik.com untuk editing gambar tanpa bersusah payah nak download satu software yang memakan masa. Thanks Chai... =)


    Hari Raya Aidilfitri dah dekat,buat masa ni aku langsung tak buat apa-apa persiapan. Tanya member-member lain ada yang dah beli dan ada yang belum beli lagi. Tak lupa gak ada yang tak nak beli lengsung.. Hahaha! Tiga hari lepas Acup a.k.a Karpet bawak Canon EOS D500 untuk dihadiahkan kepada aku.. Hehehehe~ Gurau jelah,dia bagi aku pinjam selama 3 Jam dekat sekolah untuk aku tangkap gambar apa-apa yang aku rasa best. Hahahahahaha!! Aku dahlah jenis tak mampu beli kamera macam tu,sekali dapat memang mengila! Gambar yang aku tangkap ada budak cina makan time rehat,macam-macamlah.Hahahaha!! Ok lah,tu je cerita aku yang bertajuk"Seminggu Yang Terindah" =)

Bosan bukan?? Hahaha~ Saper suh baca. -_-'

Friday, August 20, 2010

Hookit.com



Web ni salah satunye web kegemaran aku yang sering aku kunjung. Buka internet tak layan web ni memang tak sah. Join la member dalam web ni k.. Sure layan!

Saturday, August 14, 2010

Tidak Mungkin!

Result exam Ujian 1 dah pun diedarkan.. Keputusannya.... Soooooooo Bad! Result macam ini ke nak masuk ujian STPM tahun depan???!! Gile terkejut beruk tahap gaban. 3/4 murid daripada kelas aku mengalami revolusi kemelesetan arah tujuan. Melihat result masing-masing ramai yang nak beredar dari kelas. Maybe tak nak lagi menuntut ilmu di Form6. Memang betul... Form 6 jangan dipandang rendah. Adakalanya senang nak berjaya,dan adakalanya senang nak gagal. Walaubagaimanapun,aku berdoa dan berharap aku mampu melakukan yang terbaik untuk exam final year yang akan berlangsung sekitar bulan September or November. Insyaallah...

Tuesday, August 10, 2010

Niat Puasa Ramadhan, Doa Berbuka Puasa dan Doa Selepas Berbuka Puasa

Niat Puasa Ramadhan

Lafaz niat untuk sebulan puasa
niatsebulanpuasa
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala
Lafaz niat puasa (harian)
niatharianpuasa
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa

Doa Berbuka Puasa

doaberbuka
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin

Doa Selepas Berbuka Puasa

doasesudahberbuka
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

Saturday, August 7, 2010

Exam.. Sudah Habis.

Huh.. Lame x update.. Semalam.. Last Paper untuk B.M 1 dan Pengajian AM 1. 2 Ogos until 6 Ogos. So.... Hard! Mana tak susah,dah study last minute memang la susah!! Then today,aku dapat markah untuk MUET dan B.M 1. Still banyak lagi yang perlu dibaiki. Especially MUET bahagian Writing,entah pe benda aku tulis pun aku tak tau. Dahlah style jawapan macam budak tadika punya ayat. Huh! X boleh jadi ni.. Aku mesti improve MUET aku kalau nak teruskan belajar di U. Korang semua doakanlah kejayaan aku ye.!!!