Thursday, November 25, 2010

KISAH BENAR KENANGAN AKU - AWAS! CERITA INI SANGAT MENJIJIKKAN JANGAN BACA KALAU DIRI ITU LEMAH SEMANGAT!!-

  Kring!!!!!! (Bunyi loceng sekolah menandakan waktu rehat) Yeah,masa inilah waktu rehat yang kami nanti-nantikan. Kelihatan ramai kawan-kawan aku beredar dari kelas untuk berehat dikantin dengan membeli makanan dan minuman tak juga ada yang keluar berjemur d sebelah bangunan sambil mengoyangkan kaki menghadap mak cik yang tengah masak koew tiau goreng (Kuang hajau betul). Masa tu dalam kelas yang tinggal hanya aku,Dugong dan Alizan. Nak tau perbualan kami macam mana?? Disini ianya bermula...... Jeng,jeng jeng...

Dugong : In (Aku) Tolong carikan botol kosong untuk aku. Aku ada benda la nak buat.
Aku : Ang nak buat apa?? Kejap-kejap.. Aku pergi cari kelas sebelah. Kalau tak ada nasib la.

Aku pun beredar pergi ke kelas sebelah yang tidak berpenghuni itu. Ntah macam mana aku terjumpa seketul botol kosong bersaiz 500ml. Bisik hatiku,"Aha..jumpa pun." Lalu aku kembali ke kelas aku semula.

Aku : Nah,botol yang ang nak.
Dugong : Bagus-bagus. Thanks In. (Sambil mengambil botol tu dari tangan aku)
Aku : Apa motif ang wei..
Dugong : Adalah..

Tanpa berkata-kata,Dugong bangun dari tempat duduk dia dan pergi ke penghujung kelas. Lalu.. Dia membuka zip seluarnya dengan badan dia montok-montok gemuk mengeluarkan air kencing kedalam botol yang aku berikan dia tadi. Korang tau tak apa perasaan aku?? Taukan muntah tu macam mana? Macam tulah yang aku rasa.

Dah habis kencing dia tunjuk botol air tu kat aku sambil berkata.

Dugong : Hahaha.. Panas lagi nih,meh-meh Teh O panas. Free ja.. Hahaha..
Aku : Bodo punya Dugong. Baik ang buang.
Dugong : P buang benda ni weh. Aku tak tau nak buang mana la.
Aku : Tak nak la! Ada jamban kencing kat botol gak!

Dugong pergi tempat Alizan yang tengah lepak-lepak menghirup udara segar di tepi pintu seorang diri.

Dugong : Alizan,tolong buang benda ni.
Alizan : Apa benda tu?? (Sambil memegang botol tu nak buang keluar pintu,untuk pengetahuan pembaca sebelah kelas kami adalah hutan,tapi diselang dengan jalan raya sebelum masuk hutan. Kalau tak lepas baling bersepai air kat jalan.)
Aku : Alizan,jangan pegang benda tu. Geli doh.
Alizan : Siol,ayaq kencing rupanya.

Lalu Alizan bawak botol tu ke tempat meja Ijat (Kawan kami juga)

Selang 5minit kemudian...
Ijat masuk kelas,dengan membawa nasi lemak.

 Nasi Lemak macam ni la yang aku katakan tu...

Kelihatan disitu ada juga botol yang aku katakan tu.. Ijat pun bukalah nasi lemak tu dan makan selahap-lahapnya..

Ijat : Herr... Pedas nyer nasi lemak ni. Mak cik kantin ni cekek duit ka. Dah la mahal,pedas lak tu.

Sambil mecari sesuatu..Tangan dia merayap-rayap kearah botol tu..lalu membuka penutup botol.
Aku hanya mampu berkata... Iiijjjjj.. (Ijat) Dan...

 Yup,gaya macam ni la dia minum. (Gambar diambil di flickr.com)

Cukuplah tu aku cerita.. Kesudahannya.. seperti gambar dibawah ni.

Gambaran yang aku mampu buat,selepas Ijat mengetahui hal sebenar. 



Ending dia?? Kami still berkawan rapat,cuma Alizan aku dah tak tau dia kat mana lepas SPM. Dugong ada di Kelantan dan Ijat sekarang ada di KL. Masing-mesing tengah belajar. Kita berempat je tahu hal ni.. Hehehe~