Sunday, August 14, 2011

Kakak 7E dan Lelaki Tua 50an

Jam 5.30 petang..
Kachak! Kachak! Kachak! (bunyik butang handfon) dengan pantasnya ditaip selaju 360km/j oleh aku..aku tekan button send... tapi tertera lak notis

"NOT SEND, STORE IN OUTBOX"

"Cis! Emang dasar kehabisan topup",bisik jiwa naluriku. Aku termenung dan melihat langit yang agak gelap. "Tak sampai sejam ni mau hujan turun. Tak beli topup camner aku nak send mesej dekat Alice (budak cina kelas aku) Namun aku gagahkan jugak diriku pergi ke kedai untuk beli topup. Aku segera ke bilik,pakai seluar khakis dan baju besar JUNO beserta selipar asadi hitam dan aku start ferrari (Cub C70),pakai helmet dan here we go! dengan pengharapan tak hujan ketika diperjalanan nanti. Tengah syok jalan,tiba-tiba di persimpangan jalan aku ternampak kedai 7E.

7E ni besar sikit...

Ha,tak jauh sangat dari rumah aku. Tak sampai 500meter. Lalu aku parking elok-elok dihadapan kedai tu. Nak elak kena kompaun maa.. Aku pun masuk la kedalam kedai tu,dan pe yang aku tengok ada seorang cashier perempuan yang aku kenal (aku gelar dia kakak) dengan cashier lelaki dan seorang lelaki cina tua dalam lingkungan 50an,aku tengok muka cam nak masuk 60an. Lelaki tua tu aju soalan pelik-pelik dengan kakak cashier tu. Waktu aku masuk kedalam kedai tu pe yang aku terdengar ialah..

Lelaki Tua : U keja sini gaji sikit maa.. Tak boley jadi kaya pun. 
Kakak 7E : Tak mau la uncle,saya suka ini kerja.
Lelaki Tua : U punya muka sama itu modelling,tak sesuai ini kerja. U kerja sama saya la.
Kakak 7E : Tak mahulah uncle,lupakan hasrat uncle tu.
Lelaki Tua : U punya gaji berapa? satu ribu? dua ribu?
Kakak 7E : Tak banyak la uncle. Hahaha!
Lelaki Tua : Adik manis,u kerja sama saya dua ribu kompem-kompem masuk u punya bank maa..
Kakak 7E : (Membisu...)

Aku tengok dalam genggaman tangan laki tua dia pegang roti sebuku dan biskut. Aku menunggu gilir kat belakang dah berapa minit ntah,tiba-tiba hati aku berbisik halus " Pundek,orang tua ni nak beli barang ke promote kerja,dahlah nak hujan!!"

Lelaki Tua : Adik manis apa pasai lu senyap?
Dan aku mencelah...
"Akak! Maxis saploh!"
"Ok!",jawab kakak tu. Tapi kakak tu pergi kebelakang dan masuk kebilik yang hanya boleh dimasuki oleh pekerja sahaja. Aku rasa pelik,adakah ini taktik? Sedangkan mesin topup ada depan aku je.

 Mamat ni top up RM100,gua top up RM10..

Cashier laki pulak yang pegang mesin topup tersebut. "Sah.memang kakak ni nak lari dari orang tua ni"
Tit! Tit! Tit!,kreekk~ kreekk~ (bunyi mesin topup memproses) Lalu aku hulurkan tangan berisi RM10 dan ucap TQ dekat mamat tu. Aku tengok laki tua tu masih ada didalam kedai tersebut,sedangkan kakak tu tak keluar-keluar langsung dari bilik tu. Mamat cashier tu lak buat kerja dia kemas barang buat tak layan karenah  laki tua tu. Aku start enjin ferrari aku dan blah dari tempat tu.

Sepanjang perjalanan aku balik,aku terfikir... Lelaki tua tu betul ke nak bagi kakak tu kerja? Tengok gaya laki tua tu macam ada agenda lain je. Perangai manusia macam-macam,susah nak buat kesimpulan. Dalam teori Pengurusan Sumber Manusia yang aku belajar dari buku Pengajian Perniagaan risiko satu-satu cabaran pekerja wanita ialah gelagat pelanggan macam pe yang terjadi dekat kakak tadi tu. Kesian kakak tu,hurmm..kena kacau pulak. Dah kau cun sangat kenapa?. Hahaha~ TQ membaca!