Tuesday, August 30, 2011

Malam Raya

Terlebih dahulu aku nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua kaum Melayu yang beragama Islam dan seluruh umat Islam di seluruh dunia. Sebulan aku berpuasa macam-macam dugaan aku hadapinya dengan sabar dan adakalanya aku cepat melenting. Hahaha~ Itulah sifat manusia yang tidak 100% sempurna. Biasalah tu kan dah namanya pun manusia. Tidak kurang banyak benda aku pelajari dalam bulan Ramadhan yang lepas. Aku harap hari yang penuh mulia ini amat bermakna untuk pembaca sekalian. Ahhh!! Gua merapu panjang lak. Waktu aku berbuka dengan keluarga-keluargaku tersayang...


Tepat jam 8 lebih timbul lak iklan ni kat TV

Aku hanya melihat di televisyen,sambil mulut aku mengunyap-ngunyap makan nasi bak lembu meragut rumput dan terkeluar satu perkataan dari hati aku "Heh esok raya dah" habis makan aku bergegas kemas meja dengan mengangkat lauk pauk ke periuk asal termasuk pinggan cawan yang kotor. Habis je semua kerja terus aku solat maghrb. Selesai tunaikan solat,aku mencadangkan bro aku pergi gerbang malam dekat Taiping area Taiping Jaya. Bro aku setuju ja.. Hahaha~ Ley cuci mata,cuci mata aku bukan bermaksud tengok awek dan tut tut.. Aku cuci mata sebab mau cari baju raya la. Waktu ni la pun harga runtuh gegila runtuh habaq hang.

Kami pergi jam 11 dekat.. Phewww... Gila jalan sesak! 

 Tak pernah hari biasa sesesak macam ni.. 

Pin! sana Pin! sini.. Parking pun susah nak cari,semuanya full! Ntah camna ada satu parking kosong dekat area market lama. Walaupun jauh antara parking kami dengan gerbang malam kami tetap gagahkan diri pergi ke tempat tu. Haa.. Jalan punya jalan akhirnya kami sampai ke destinasinya.. Boleh nampak beribu umat manusia sedang membeli sesuatu untuk persiapan hari raya. Ada yang menari,ada yang terpekik pekik dan tak kurang ada yang tak puas hati antara satu sama lain. Sebabnya aku pun tak tahu,hal orang. Tak payah ambik kisah.Jalan je mesti terlanggar,boleh dikatakan nak jalan setapak dua tapak susah sangat-sangat. Orang ramai. Jalan-jalan lagi.. Tetiba aku ternampak sesuatu "Eh? Ada orang jual mercun?"bisik hati aku. Benda tu pun aku tak hiraukan,benda dah diharamkan tetap jual. 

 Malam semakin gelap,semakin gelap semakin ramai lagi 
orang berpusu-pusu datang ke gerbang malam.(Sila cari mana aku? Hehehe~)

Aku dengan bro aku jalan hampir 40minit tak ada satu pun benda kami target nak beli. Last-last kami bercadang nak pulang je kat rumah. Elok dalam perjalanan balik aku ternampak satu baju yang menarik minat aku nak membelinya. Apa lagi..Kami pun singgah la. Try satu-satu baju,last last aku dapat juga baju yang aku idamkan. Aku belek-belek tag baju tu tertera RM89. Siot mahal gila,tapi diskaun 50%! Kain elok aku tibai jela,murah lak tu. Bro aku lak dapat baju raya dia dekat area lain. Cuma baju ja yang kami beli. Tepat jam 12 keatas,peniaga-peniaga dah mula turunkan harga niaganya. Ada kuih-kuih lapis jual RM10 dapat 7. Ada biskut raya macam tart nenas,almond london etc. RM10 dapat 5. Nak beli tapi fikir balik dekat rumah semua dah cukup. Jadi kami pun pulanglah kerumah. Sampai ja rumah,lepas solat Isyak terus cari bantal... dan Zzzzz...

Budak-budak main mercun
Jangan sampai terbakar tangan
Di Aidilfitri kita berhimpun
Hulurkan tangan meminta ampun

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
IKHLAS DARIPADA IN :D