Sunday, August 7, 2011

Alangkah Baiknya Jika...

Alangkah baiknya?? Apa yang baik? Baik tidur sebab puasa? Bukan. Baik diam dari bercakap? Pun bukan.Teruskan membaca post aku ni. Aku bermula dengan tajuk ni kerana ingin mengulas tentang sesuatu yang amat ditakuti oleh manusia iaitu KANSER. Kanser apa? Kanser yang berkaitan apa-apa seperti kanser kolon,payu dara,otak dan sebagainya.

Alangkah baiknya jika ada penawar kanser didunia ini kan saudara saudari sekalian. Kita tidak nafikan bahawa mati itu pasti,aku ada terbaca sebuah hadis yang tertulis "Setiap penyakit pasti ada pengubatnya kecuali mati" Oleh itu penyakit kanser pasti ada penawarnya,cuma penemuan tersebut masih belum pasti. Sehingga kini yang aku tahu penemuan penawar kanser kulit adalah dari saintis barat. Itu kanser kulit,tapi kanser yang lain bagaimana pula?

Mari ikuti cerita aku ni...

Tempat : Di perpustakaan sekolah aku. Waktu tu aku baru Lower Six.
Jam : 1.10 tgh hari keatas (lepas sekolah)

Suasana agak bising,kelihatan ada ramai pelajar sesi pagi menuju ke setiap penjuru pagar untuk pulang kerumah masing-masing.

In : Haze,asal ang tak datang kelas banyak hari?
Haze : Hurmm..adalah.
In : Bagitau jelah dekat aku,at least kalo ang ada masalah bagitau je dekat aku. Aku ni monitor ang,so aku ley defend ang kalo ang tak datang kelas lagi.
Haze : Yelah,aku semalam tak datang sebab aku hantar mak aku kat hospital dekat KL.
In : Kenapa? Mak ang sakit ka?
Haze : Yup,mak aku sakit. Breast cancer.
In : Ha? Bila mak ang kena tahan?
Haze : Baru je berapa hari yang lepas. (Sambil tersenyum-senyum dekat aku)
In : Ohh,kesiannya. Harap mak ang ok dan cepat keluar dari hospital.
Haze : Harap-harap macam itulah.

 
Breast Cancer Cell


Perbualan tersebut aku hentikan kerana aku hendak pulang kerumah bertemu keluarga tercinta yang menantiku hendak makan tengah hari bersama-sama.

Hari berganti hari,bulan berganti bulan..
Dan semalam (Khamis 4/8/2011..)
Jam 2.40petang

Seperti biasa,aku selepas solat zuhur aku terus capai laptop kakak aku yang aku pinjamkan bawak ke bilik aku,ambik plug,tekan suis buka dan on laptop. Sedia ja semua aku terus online fb nak tahu apa cerita member-member aku hari ni. Alangkah terkejutnya aku apabila dapat post fb dari Haze yang berbunyi begini..


Tak sampai beberapa saat aku baca..
Lagu Bruno Mars-Grenade berbunyi disekitar bilik aku. Aku segera capai handphone aku tertera nama sahabat baik aku itu,Haze memanggil dan terus aku push green button.

In : Assalamualaikum,ye Haze. Ada ape?
Haze : Waalaikummussalam.. (dengan suara yang tersangkut-sangkut seperti menangis) In,mak aku dah meninggal. 
In : (Lantas aku menyebut "Innalilahwainahirojiun..")
Haze : Tolong bagitau dekat Cikgu Munim kami tak datang esok (teresak-esak)
In : Haze,sabar tau. Aku akan bagitau dekat cikgu esok. Insyaallah.
Haze : Terima Kasih

Lalu dia letakkan telefon.

Dan semalam jam 11 pagi keatas Alhamdulilah mak dia selamat dikebumikan. Aku dan sahabat-sahabat aku sanggup meminta kebenaran keluar sekolah demi nilai kasih sahabat. Syukur,pihak atasan membenarkan kami berziarah ibunda Haze. 

Alangkah baiknya jika penawar kanser ada sebelum mak Haze sakit,pasti mak dia akan hidup gembira bersama keluarga yang dikasihi pada saat ini. Haze pun tak akan rasa tertekan dengan beban yang dia terpaksa tanggung selama ni. Aku harap Haze dapat bersabar dan tabah hadapi dugaan illahi. AL FATIHAH kepada ibunda Haze yang kembali ke rahmatullah. Semoga rohnya dicucuri rahmat,dan tergolong dikalangan para solihin. Amin.