Wednesday, December 30, 2009

New Driver..

Hari ni agak seronok, lulus lesen L(B2) Hahahahaha!!! Mungkin 2 or 3 hari dapat la lesen.
Hanya tunggu panggilan dari Cik Julie je sekarang ni nak ambil lesen L tu. Untuk P pulak dalam perbincangan dengan Faridli, nak pilih hari apa n waktu apa. Alhamdulilah..

Muka aku tak sengih macam ni bila dapat lesen. Hehehe~









Tuesday, December 29, 2009

MEMORI..

Lama tak open picture sendiri dekat profile myspace. Ahh..kebetulan jumpa pulak foto gambar member satu kelas. Agak lama aku tengok gambar ni,setiap orang masing-masing punyai cerita tak kira Melayu or Cina. Terbisik dalam hati... "Jumpa Lagi Ke Tak Korang Semua Ni Akan Datang?" First time masuk satu kelas dengan diaorang agak dingin n seram sejuk, sebab time tu belum saling kenal mengenali. Dah lama-lama rasa macam satu family, boleh dikatakan apa-apa hal yang terjadi antara kami semua ambik kisah walaupun berlainan bangsa. Apa-apa pun masa dah tak boleh nak putarkan balik, semuanya akan tinggal kenangan. Mungkin suatu hari nanti anda ataupun saya yang menulis blog ini akan menangis kerana rindukan zaman remaja di sekolah yang indah. Harap mereka semua dalam keadaan sihat.

     

Monday, December 28, 2009

Sudah Ada Jawatan Kosong,Tapi Belum Confirm!

Hushh.. Hilang letih aku lepas tidur selama 11Jam!
Bangun pagi,sarapan pastu online.
Indahnye hidup..
Hahahaha!!
Open myspace,tengok ada komen dari member.
Tiba-tiba aku senyum seorang diri.
Member aku cakap

"kalo ang nak kje
ang dtg rkan muda..
aku kje kt cni tp nak benti dah
ang ganti tmpat aku
nti dtg jmpa aku kt rkn muda
dalm mggu ni
dtg mlm sblm kul 10 ok?" 

Heh heh heh...
Ada jugak rezeki aku nak kerja.
 Tapi belum tentu lagi.
= | 



Friday, December 25, 2009

Aku Syukur Dan Aku Kelam Kabut!

Alhamdulilah syukur sangat-sangat. Pagi tadi aku dah pun daftar jadi sebahagian pelajar memandu untuk lesen L (B2). Hehehe.. Cik Julie cakap Sabtu ni dah kena start dengar ceramah 6 jam dekat tempat latihan memandu tu. Fuhh.. tak pelah, aku tak kisah nak ceramah berapa lama pun. Asalkan hasrat aku nak berlesan tercapai! Petang pulak Mior member rapat aku datang kat rumah aku dengan keluarga dia. Dah berapa bulan tak sembang, macam-macam cerita ada. Hahahaha!! Serupa itu Lagu-Cerita Kedai Kopi. Sembang punya sembang terselit bab cerita UPU. Baru aku teringat yang aku dah banyak buang masa,sepatutnya awal-awal dulu dah isi maklumat UPU tu,nasib Mior bagitau cara-cara kemasukan macam mana. Dia cakap dekat maklumat tu kena isi CGPA n GPA kokurikulum, nak dapat benda tu kena pergi sekolah la maknanya. Aiseh.. Khamis ni last permohonan tu tutup.

p/s : Banyak tugas tak selesai lagi lorh ;-(

Thursday, December 24, 2009

Gembira!

Malang betul aku ni, minggu lepas spek aku patah. Semuanya gara-gara cuai! Ntah macam mana elok nak pakai PRAK!! PATAH PULAK!!!!! Paneh terus... Pergi kedai, tokey tu cakap


"Ini x boleh repair woo..Ada crack2x." .


Terpaksalah buat baru spek aku tu. Masuk hari ni dah seminggu aku x pakai spek. Akhirnya dunia aku cerah semula =) Tokey tu call suruh ambil sudut spek aku sebelum dia nak cut aku punya cermin. So sekarang ku boleh nampak semua sekelilingku.















p/s: Lepas ni aku kena berhati-hati terhadap cahaya n tingkahlaku aku. Takut kejadian yang sama berulang.

Tuesday, December 15, 2009

Komik Aku dan Harris

Ingat lagi sewaktu darjah 3 di satu sekolah agama,aku n Harris mendapat idea nak hasilkan komik buatan sendiri. Kami berdua memang tak pro sangat bab lukis melukis ni. Idea kami mudah saja,ada buku latihan kosong yang dah distapler(Setiap helaian kertas dikoyak untuk memudahkan melukis),pen dakwat hitam,pensel warna cap apa ntah (Kalau mewarna x terang sangat) dan buku komik lain sebagai rujukan.

Kami menamakan tajuk ni ULTEMAN bukannya Ultraman dalam siri anime n mangga Jepun kat TV tu. Lukisan ringkas,tapi babak jalan cerita mudah difahami oleh kawan yang lain. Setiap minggu kami mesti menghasilkan satu tajuk yang berkenaan dalam lukisan tersebut. Bagi aku Harris lebih hebat melukis berbanding aku,namun aku hebat dalam menghasilkan dialog untuk komik tersebut. Aku tak seberapa ingat sangat watak-watak dekat dalam komik tu,yang aku ingat ULTEMAN,Geng 1,2 (Kumpulan Kawalan), John dan Amir. Hahaha! ULTEMAN ni melayu pun terlibat. Hihihi~ (Dah ketandusan idea nak bagi nama apa) Setiap lukisan yang kami hasilkan pasti ada kawan-kawan yang memuji aku dan Harris. Tapi kami hanya mampu menghasilkan 17 episod berbanding target kami nak hasilkan 30 episod. Sebabnya ialah pada masa tu dah penghujung persekolahan.

Bila aku naik ke darjah 4 aku dah tak jumpa lagi Harris walaupun aku masih bawa lagi artwork kami berdua dalam beg sekolah aku. Tapi bila dah masuk bulan Febuari ada member cakap yang dia dah pindah ke sekolah lain. Tinggalah kenangan aku komik ULTEMAN yang kami berdua usahakan selama berbulan-bulan namun tak sempat menghabiskan jalan cerita tersebut. Komik berkenaan telah pun aku bakar selepas aku dapat tahu dia dah pindah sekolah,bagi aku yang tu adalah cara yang terbaik nak lupakan episod-episod n kegigihan aku dan Harris menghasilkan komik ULTEMAN tersebut.


 
Karekter komik lebih kurang macam ni jugak..Hahaha~Dahsyat tak kami?  Hahaha~

Lesen..

Pagi tadi aku dah bincang dengan abah aku berkenaan dengan nak masuk ujian memandu. Nampaknya abah aku setuju :) Abah cakap minggu depan pergi daftar. Hehehe..Walaupun rasa malas nak ambil ujian tu tapi terpaksa juga aku ambil.
Akan datang aku perlu kenderaan untuk aku mudah pergi ke mana-mana.
Apa yang penting bila aku dapat lesen aku kawal diri aku,dan tak begitu taksub nak keluar rumah sampai lewat malam. Inilah nindo (Prinsip) aku! Hahaha!!

Monday, December 14, 2009

Mahu Cari Kerja :-) (Part 2)

Berikut ialah mesej dari kawanku :

MAT pada pukul 3.28ptg..

Aku : Mat,ko kerja x cuti ni?
Mat : Aku kerja,kerja dekat Bukit Merah.
Aku : Bukit Merah? Sebagai pe? Pencuci Bilik?
Mat : Jadi waiter.
Aku : Waiter? Kat belah mana?
Mat : Hotel.
Aku : Hotel? Gaji?
Mat : RM200 seminggu.
Aku : Fuiyoo.. OKlah,kerja elok2x. Assalamualaikum


Acup pada pukul 4ptg..

Aku : Acup,ang kerja x?
Acup : Ya!
Aku : Wei Acup,tempat kerja syarikat ayah ang ada jawatan kosong?
Acup : Jawatan kosong buat masa ni x ada. Ang mai tahun depan. Sure ada.
Aku : Aduh.. melepas. X pelah.
Acup : Tahun depan tau.


Lingkoi pada pukul 10.08mlm..

Aku : Assalamualaikum.. Ko watpe?
Lingkoi : Aku kerja wei.. Malam sat g aku mesej ang balik.

Hurmm.. Ini hanyalah sebahagian daripada kawan-kawan aku yang kerja. Kawan aku yang lain tak tau buat apa. Mungkin ada yang kerja,pergi Giat or lain2x aktiviti luar.




Sunday, December 13, 2009

Mahu Cari Kerja :-) (Part 1)

Lepas SPM apa aku nak buat?
Takkan asyik terperap je kat rumah?
Result SPM keluar lambat lagi.
Perlu ke aku cari kerja?
Hurmm..
Mungkin perlu..
Bukan apa,bila kerja gaji masuk.
Akan datang bila kita nak guna duit senang.
Lagi satu dapat memenuhi masa lapang daripada membazir dengan benda-benda yang tak ada faedah sebelum menunggu result SPM.
Nak katakan pilih pekerjaan tak adalah terfikir pula.
Cuci basuh pinggan dekat gerai pun jadilah.
Asalkan aku kerja!

Ikan Duyung Betul-Betul Ada?

Ikan duyung rekaan ke betul-betul ada? Aku pun pelik.. Terkedu bila aku dapat tahu dari Anis dalam mesej yang ikan duyung betul-betul ada. Time tu ayah dia ada tunjukkan video dekat dia. Ikan duyung tu dah mati sebab tsunami,badan dia hancur but rambut dia lawa lagi.
Hurmm.. Susah nak percaya,sebab aku sendiri pun tak pernah tengok ikan duyung n tak pernah tengok pun video tu lagi :)
You Tube mungkin ada kot video tu.. Itu jelah yang aku boleh tulis untuk hari ni. Otak dah blur,badan pun dah letih.
Assalamualaikum.

p/s: Ingin rasa tahu kejadian macam tu.

Saturday, December 12, 2009

SPM dah habis..

SPM dah habis..

Apa aktiviti aku selain nak ambik lesen motor?

Ikut member jalan-jalan tak boleh.

Mak aku x kasi.

Mak aku cakap kena ambik lesen dulu baru boleh jalan-jalan dengan member.

Hahaha!!

p/s: Ada lesen mana-mana pun boleh pergi =)


Introduction

Hey all.

I'm new here!




:-)