Tuesday, December 29, 2009

MEMORI..

Lama tak open picture sendiri dekat profile myspace. Ahh..kebetulan jumpa pulak foto gambar member satu kelas. Agak lama aku tengok gambar ni,setiap orang masing-masing punyai cerita tak kira Melayu or Cina. Terbisik dalam hati... "Jumpa Lagi Ke Tak Korang Semua Ni Akan Datang?" First time masuk satu kelas dengan diaorang agak dingin n seram sejuk, sebab time tu belum saling kenal mengenali. Dah lama-lama rasa macam satu family, boleh dikatakan apa-apa hal yang terjadi antara kami semua ambik kisah walaupun berlainan bangsa. Apa-apa pun masa dah tak boleh nak putarkan balik, semuanya akan tinggal kenangan. Mungkin suatu hari nanti anda ataupun saya yang menulis blog ini akan menangis kerana rindukan zaman remaja di sekolah yang indah. Harap mereka semua dalam keadaan sihat.