Tuesday, December 15, 2009

Komik Aku dan Harris

Ingat lagi sewaktu darjah 3 di satu sekolah agama,aku n Harris mendapat idea nak hasilkan komik buatan sendiri. Kami berdua memang tak pro sangat bab lukis melukis ni. Idea kami mudah saja,ada buku latihan kosong yang dah distapler(Setiap helaian kertas dikoyak untuk memudahkan melukis),pen dakwat hitam,pensel warna cap apa ntah (Kalau mewarna x terang sangat) dan buku komik lain sebagai rujukan.

Kami menamakan tajuk ni ULTEMAN bukannya Ultraman dalam siri anime n mangga Jepun kat TV tu. Lukisan ringkas,tapi babak jalan cerita mudah difahami oleh kawan yang lain. Setiap minggu kami mesti menghasilkan satu tajuk yang berkenaan dalam lukisan tersebut. Bagi aku Harris lebih hebat melukis berbanding aku,namun aku hebat dalam menghasilkan dialog untuk komik tersebut. Aku tak seberapa ingat sangat watak-watak dekat dalam komik tu,yang aku ingat ULTEMAN,Geng 1,2 (Kumpulan Kawalan), John dan Amir. Hahaha! ULTEMAN ni melayu pun terlibat. Hihihi~ (Dah ketandusan idea nak bagi nama apa) Setiap lukisan yang kami hasilkan pasti ada kawan-kawan yang memuji aku dan Harris. Tapi kami hanya mampu menghasilkan 17 episod berbanding target kami nak hasilkan 30 episod. Sebabnya ialah pada masa tu dah penghujung persekolahan.

Bila aku naik ke darjah 4 aku dah tak jumpa lagi Harris walaupun aku masih bawa lagi artwork kami berdua dalam beg sekolah aku. Tapi bila dah masuk bulan Febuari ada member cakap yang dia dah pindah ke sekolah lain. Tinggalah kenangan aku komik ULTEMAN yang kami berdua usahakan selama berbulan-bulan namun tak sempat menghabiskan jalan cerita tersebut. Komik berkenaan telah pun aku bakar selepas aku dapat tahu dia dah pindah sekolah,bagi aku yang tu adalah cara yang terbaik nak lupakan episod-episod n kegigihan aku dan Harris menghasilkan komik ULTEMAN tersebut.


 
Karekter komik lebih kurang macam ni jugak..Hahaha~Dahsyat tak kami?  Hahaha~