Friday, December 25, 2009

Aku Syukur Dan Aku Kelam Kabut!

Alhamdulilah syukur sangat-sangat. Pagi tadi aku dah pun daftar jadi sebahagian pelajar memandu untuk lesen L (B2). Hehehe.. Cik Julie cakap Sabtu ni dah kena start dengar ceramah 6 jam dekat tempat latihan memandu tu. Fuhh.. tak pelah, aku tak kisah nak ceramah berapa lama pun. Asalkan hasrat aku nak berlesan tercapai! Petang pulak Mior member rapat aku datang kat rumah aku dengan keluarga dia. Dah berapa bulan tak sembang, macam-macam cerita ada. Hahahaha!! Serupa itu Lagu-Cerita Kedai Kopi. Sembang punya sembang terselit bab cerita UPU. Baru aku teringat yang aku dah banyak buang masa,sepatutnya awal-awal dulu dah isi maklumat UPU tu,nasib Mior bagitau cara-cara kemasukan macam mana. Dia cakap dekat maklumat tu kena isi CGPA n GPA kokurikulum, nak dapat benda tu kena pergi sekolah la maknanya. Aiseh.. Khamis ni last permohonan tu tutup.

p/s : Banyak tugas tak selesai lagi lorh ;-(