Saturday, January 2, 2010

Ingatlah Pencipta Kita Selalu..

Kubur adalah tempat yang terbaik untuk kita menginsafkan diri.
Hatta kita selalu terpesona dengan keindahan dunia
Tanpa berfikir kehidupan di alam barzakh (Kubur) akan menyebabkan kita semakin jauh dengan Allah S.W.T. Lihatlah dunia yang semakin maju ini
Manusia sibuk mengejar kehidupan dan harta,
Adakalanya solat pun sesetengah mereka tidak ambil kisah.
Hurmm... 
Padahal segala oksigen yang kita hirup ni adalah dari Allah S.W.T
Memang tak tahu malu betul bila seseorang insan itu melupai Allah s.w.t.
Jadi..Sebagai manusia kita WAJIB mengikuti suruhanNya dan elak dari kemungkaran
Kerana..
Kemungkaran itu menyebabkan kita..
Merana di dunia dan di akhirat..

p/s: Ingatlah wahai insan, janganlah kamu ketawa sedangkan malaikat maut hanya dibelakangmu. Insaflah setiap perbuatan keji yang dilakukan olehmu sebelum pintu taubat tertutup untukmu..