Sunday, January 31, 2010

Honda C70 Aku Buat Hal!!!

Pagi ni aku bangun seperti hari² biasa,tapi malang tidak berbau. Time aku nak pergi buat latihan motor 8jam dekat kelas memandu,aku drive motor C70 aku untuk pertama kalinya aku bawa motor tu ke persada jalan raya. Hahaha! Tak sangka pula motor tu best,(Serius best,sedap lagi dari LC eh? Iyeker??) tapi time naik bukit menuju tempat latihan memandu,motor aku tiba² terpadam,aku pun muka dah mula cuak hati gundah gelisah. Rupa²nya minyak habis!!  

  Huh! Dahlah nak ulang balik rumah jauh. Tapi tak apa,sebagai lelaki kita patut kool. Hahahaha!! Balik tadi nasib baiklah ada member datang kelas sekali. Boleh tolong bawa motor tu balik rumah dengan cara menolak menggunakan kaki dan kawal elok². Memang bahaya buat macam tu,tapi apa  boleh buat. Dah yang tu je salah satu cara nak balik rumah dengan mudah. Memang tak nafikan tolak motor time naik bukit memang meletihkan, pembaca semua try la menolak motor masing² semasa mendaki bukit,senaman paling mudah dan berkesan untuk membakar lemak anda. :-)