Sunday, January 31, 2010

Honda C70 Aku Buat Hal!!!

Pagi ni aku bangun seperti hari² biasa,tapi malang tidak berbau. Time aku nak pergi buat latihan motor 8jam dekat kelas memandu,aku drive motor C70 aku untuk pertama kalinya aku bawa motor tu ke persada jalan raya. Hahaha! Tak sangka pula motor tu best,(Serius best,sedap lagi dari LC eh? Iyeker??) tapi time naik bukit menuju tempat latihan memandu,motor aku tiba² terpadam,aku pun muka dah mula cuak hati gundah gelisah. Rupa²nya minyak habis!!  

  Huh! Dahlah nak ulang balik rumah jauh. Tapi tak apa,sebagai lelaki kita patut kool. Hahahaha!! Balik tadi nasib baiklah ada member datang kelas sekali. Boleh tolong bawa motor tu balik rumah dengan cara menolak menggunakan kaki dan kawal elok². Memang bahaya buat macam tu,tapi apa  boleh buat. Dah yang tu je salah satu cara nak balik rumah dengan mudah. Memang tak nafikan tolak motor time naik bukit memang meletihkan, pembaca semua try la menolak motor masing² semasa mendaki bukit,senaman paling mudah dan berkesan untuk membakar lemak anda. :-)

Sunday, January 3, 2010

Penantian SPM Mengisi Lemak Aku..

Apa la nak jadi dengan aku ni.. Memang tak dinafikan lagi aku dah bertambah GEMUK!!  Mana taknya dah dekat 6 bulan aku tak bersenam secara tetap dan teratur. Kalau time sekolah dulu petang-petang dekat padang ada buat latihan ragbi boleh join dengan member-member keluarkan peluh. Tapi sekarang ni... Huh,lari pun dah tak laju. Baru lari 50 Meter dah semput gila. Ingat time cuti nak berjogging dekat Taman Tasik,tapi masa tu tak ada. Mesti ada kerja lain.. Menyesal pulak dah GEMUK macam ni. Huh..


Saturday, January 2, 2010

Ingatlah Pencipta Kita Selalu..

Kubur adalah tempat yang terbaik untuk kita menginsafkan diri.
Hatta kita selalu terpesona dengan keindahan dunia
Tanpa berfikir kehidupan di alam barzakh (Kubur) akan menyebabkan kita semakin jauh dengan Allah S.W.T. Lihatlah dunia yang semakin maju ini
Manusia sibuk mengejar kehidupan dan harta,
Adakalanya solat pun sesetengah mereka tidak ambil kisah.
Hurmm... 
Padahal segala oksigen yang kita hirup ni adalah dari Allah S.W.T
Memang tak tahu malu betul bila seseorang insan itu melupai Allah s.w.t.
Jadi..Sebagai manusia kita WAJIB mengikuti suruhanNya dan elak dari kemungkaran
Kerana..
Kemungkaran itu menyebabkan kita..
Merana di dunia dan di akhirat..

p/s: Ingatlah wahai insan, janganlah kamu ketawa sedangkan malaikat maut hanya dibelakangmu. Insaflah setiap perbuatan keji yang dilakukan olehmu sebelum pintu taubat tertutup untukmu..